Sunday, July 2, 2017

Seorang pegawai kerajaan dan dua kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah

Seorang pegawai kerajaan dan dua kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah
Md Azrin Rosly

30 Jun 2017 2:35 PM

KUCHING 30 Jun - Seorang Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak didakwa bersubahat membuat tuntutan palsu bersama dua kontraktor di Mahkamah Khas Rasuah di sini sebentar tadi.


Tertuduh, Nancy Mongin, 44, menghadapi enam pertuduhan bersubahat tersebut manakala dua kontraktor iaitu  Reggy Petrus Naes, 46, dan Akiu Bandat, 58, berdepan masing-masing tiga pertuduhan atas tuntutan palsu.


Hakim, Jason Juga menetapkan tarikh sebutan semula semua kes itu pada 7 Ogos nanti dan membenarkan ikat jamin mahkamah RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.


Nancy didakwa mengikut Seksyen 18 dibaca bersama 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala Reggy dan Akiu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 18 akta sama.


Ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta itu yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How manakala peguam, Teresa Udam mewakili Nancy dan Reggy manakala Jonathan Jalin mewakili Akui.-UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/seorang-pegawai-kerajaan-dan-dua-kontraktor-dihadapkan-ke-mahkamah-khas-rasuah-1.497583#ixzz4lT6aAKRl
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname