Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Azam Baki berkata, SPRM kini
memantau secara agresif terhadap penjawat awam yang kaya-raya melebihi
pendapatan.
Jelas beliau, ada segelintir masyarakat mempersoalkan tindakan agresif SPRM yang mana kenapa baru sekarang SPRM bertindak agresif dengan menangkap serta menyiasat kes rasuah berprofil tinggi membabitkan penjawat awam sedangkan sebelum ini tiada tindakan diambil.
Katanya, sekarang masa paling sesuai untuk SPRM mengambil segala langkah produktif bagi memastikan perkhidmatan awam di negara ini bersih daripada gejala rasuah dalam tempoh tiga tahun.

Tambahnya, SPRM mahu memastikan perolehan membabitkan agensi kerajaan
atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat tanpa salah guna kuasa dan
rasuah.
Katanya lagi, bagi memastikan matlamat itu tercapai, SPRM memberikan penekanan kepada pendekatan mengguna pakai segala kemampuan dan kuasa penguatkuasaan yang tersedia dalam ruang lingkup undang-undang sepenuhnya.