Sunday, July 2, 2017

SPRM PANTAU PENJAWAT AWAM KAYA RAYA

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Azam Baki berkata, SPRM kini memantau secara agresif terhadap penjawat awam yang kaya-raya melebihi pendapatan.

Jelas beliau, ada segelintir masyarakat mempersoalkan tindakan agresif SPRM yang mana kenapa baru sekarang SPRM bertindak agresif dengan menangkap serta menyiasat kes rasuah berprofil tinggi membabitkan penjawat awam sedangkan sebelum ini tiada tindakan diambil.

Katanya, sekarang masa paling sesuai untuk SPRM mengambil segala langkah produktif bagi memastikan perkhidmatan awam di negara ini bersih daripada gejala rasuah dalam tempoh tiga tahun.
Tambahnya, SPRM mahu memastikan perolehan membabitkan agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat tanpa salah guna kuasa dan rasuah.

Katanya lagi, bagi memastikan matlamat itu tercapai, SPRM memberikan penekanan kepada pendekatan mengguna pakai segala kemampuan dan kuasa penguatkuasaan yang tersedia dalam ruang lingkup undang-undang sepenuhnya.

 Image may contain: 1 person

Seorang pegawai kerajaan dan dua kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah

Seorang pegawai kerajaan dan dua kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah
Md Azrin Rosly

30 Jun 2017 2:35 PM

KUCHING 30 Jun - Seorang Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak didakwa bersubahat membuat tuntutan palsu bersama dua kontraktor di Mahkamah Khas Rasuah di sini sebentar tadi.


Tertuduh, Nancy Mongin, 44, menghadapi enam pertuduhan bersubahat tersebut manakala dua kontraktor iaitu  Reggy Petrus Naes, 46, dan Akiu Bandat, 58, berdepan masing-masing tiga pertuduhan atas tuntutan palsu.


Hakim, Jason Juga menetapkan tarikh sebutan semula semua kes itu pada 7 Ogos nanti dan membenarkan ikat jamin mahkamah RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.


Nancy didakwa mengikut Seksyen 18 dibaca bersama 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala Reggy dan Akiu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 18 akta sama.


Ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta itu yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How manakala peguam, Teresa Udam mewakili Nancy dan Reggy manakala Jonathan Jalin mewakili Akui.-UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/seorang-pegawai-kerajaan-dan-dua-kontraktor-dihadapkan-ke-mahkamah-khas-rasuah-1.497583#ixzz4lT6aAKRl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, January 5, 2017

KURANG AJAR


Pembukaan tirai tahun 2017 disambut dengan penuh harapan oleh rakyat Malaysia. Harapan agar ekonomi Malaysia kembali kukuh. Sambutan ini sebaliknya dicemari dengan insiden tangkapan pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.
 
Wujud golongan-golongan pemegang amanah yang bertindak kurang ajar dan memecahkan dinding amanah dengan gengaman tangan mereka sendiri.
 
Golongan ini dengan beraninya menggunakan sumber kewangan jabatan yang diperuntukkan untuk kepentingan diri sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bertindak sebagai si bijak perancang utama mengekploitasikan kuasa yang di beri.
 
Rakyat marhainlah yang terkesan dengan tindakan tersebut. Rakyat marhain menjadi semakin terhimpit. Sebaliknya golongan pemegang amanah ini semakin mewah dan bermegah-megah. Nilai integriti dan jati diri semakin pudar sehingga mereka lupa tanggungjawab dan tugas sebenar.
 
 
 
 

Monday, August 15, 2011

Bidang yang nampak glamour tapi ..... hmmmm bleh tahan susahhhh

Assalamualaikum dan salam sejahtera

              Dunia semakim berkembang maju, pemikiran juga berkembang maju dan kreatif tapi sejauh mana kreatif itu tercipta dalam diri kita manusia yang hanya menunggu di suap. kreatif adalah sesuatu yang sangat subjektif dan terlalu sukar untuk kita nyatakan pada manusia di sekeliling kita yang masih dengan pemikiran lama, idea lama dan yang paling teruk ialah tak mahu terima idea baru tapi nak pakai idea yang dah lapuk. Kata mereka yang terlebih cerdik pandai ini 'demi organisasi', tapi kata saya pula, 'yer ker atau nak kerja senang'.

            Tetapi sebagai manusia kita kena bijak ambil peluang, bijak menggunakan masa untuk mengenengahkan sesuatu yang baru, kata orang lama, 'kalau tarik rambut dalam tepung kena berhati-hati supaya rambut tak putus, tepung tak berselerakan. Jadi renung-renungkan, bukan untuk orang lain tapi demi masa depan diri sendiri dan keluarga.

Sekian.



Wah.... tak sangka aku boleh tulis camni.... tapi aku rasa kena edit ni.... tapi sape editor aku....


Comments system

Disqus Shortname